Followers

MAT : sam, ada berita baik!
SAM : apa dia mat?
MAT : wati kirim salam kasih berulam sayang kat kau!
SAM : ahh! aku dah agak dah! muka aku ,laku kot! wati yang model tu kan? hari tu dia silap jeling kt aku wo!
MAT : takla...bukan wati yg tu..
SAM : habis wati yang stewardess tu ke?
MAT : salah lagi!
SAM : wati mana ha?
MAT : watipu sama lu!






Kelas yang tadi bercempera tiada guru, kini menjadi senyap sunyi. Ini adalah kerana guru yang paling digeruni telah masuk ke dalam kelas.Wajahnya garang seperti Jin yang tidak ada Shamsudin. Kalau hendak tahu ikutilah pelajaran cikgu ini. Nama cikgu ialah..

Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam
awak doakan saya tak selamat?
Murid-murid: Selamat pagi,petang dan malam cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat
sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi
semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik . Hari ini cikgu nak
uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan
perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi
perkataan-perkataan itu, faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu: Berjaya!
Murid-murid: Usno!
Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu: Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!
Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu: Saya kata USNO salah!
Murid-murid: Kami dengar BERJAYA betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.) Sebentar kemudian,
loceng pun berdering.Murid-murid merasa lega kerana guru yang paling
ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa
bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi
esok masih ada. Cikgu itu pasti akan datang lagi.











Ada sorang budak nie nama dia Bakar bin Suruh...
Pada satu hari...bapak si Bakar menyuruhnya untuk ke kedai, beli bawang...dalam perjalanan ke kedai... si Bakar nie ternampak ramai orang berkumpul kerana ada rumah yang terbakor...
Dia pun menyibuk...
Selepas itu pakcik polis yang berada di situ pun bertanya..
" Sapa bakar?? "
dengan selambe nyer Si Bakar pun jawab...
" Saya Bakar cik....kenapa? "
Pakcik polis tu pun bertanya lagi...
" Sapa suruh!? ''
Dia pun menjawab...
'' Bapak saya Suruh '




Fatimah Bakar extended version

ajoi: mak, kawan2 ajoi selalu cakap pasal fb, fb. fb tu apa mak...
mak: oh, tu nama mak tu... fatimah bakar....
ajoi: oh, popularnya mak...
mak: hehe... biasalah
ajoi: cikgu2 pun cakap pasal mak jugak... tapi lain sikit...
mak: dorang cakap apa?
ajoi: dorang kata mak ni bawak pengaruh buruk, mak terlalu open, mak buat pelajar2 jadi gila dengan mak, mak ada banyak gambar lucah....
mak: sudahlah tu.... =.="








Harimau : Garuda kau ok tak?
Garuda : Aku punyer sayap dah patah.
Harimau : Biler sayap ko patah?
Garuda : Hari Isnin.8 setengah malam kat tv3.
Harimau : Kenape patah?
Garuda : Bapak kau la sepak penalty sampai terkene sayap aku ni.Name bapak kau Baddrol Bakhtiar kan?
Harimau : A'ah..Power kan bapak aku.
Garuda : Humm...ye laa...bapak kau memang power.. huhu ='(
Harimau : Habis la kau..balik je INDONESIA aku jamin kau pasti dipanggang..haha
Garuda : Habis la aku..~~ -.-''..







Awak kena faham , kenapa saya cemburu tengok awak , sebab cemburu tu tandanya sayang kan ?
Awak kena faham kenapa kadang2 saya merajuk , sebab saya nak kan perhatian daripada awak .
Awak kenafaham ,kenapa saya selalu call dan sms awak, sebab saya rindukan awak .
Awak kena faham kenapa kadang2 saya marahkan awak , sebab saya nakkn yang terbaik untuk awak .
Awak kena faham kenapa saya suka mengadu dengan awak , sebab awak lah segalanya bagi saya . saya nak awak je yang tahu .
Sekarang awak faham kan..♥
#sy tjukan kt sseorang yg sy syg.. ♥


No comments:

Post a Comment